Khamis, 1 Disember 2011

menunggu sabar...

Dulu A pernah bertekad. A bertekad hanya untuk satu perkara. A sanggup melakukan apa sahaja asalkan kerja itu adalah suatu yang halal dan direstui sesiapapun. A menganggap perkara  itu sebagai suatu pekerjaan dan pekerjaan itulah yang bakal menemani harinya hingga ke akhir hayat. Walaupun perkara itu merupakan suatu pekerjaan yang amat berat untuk dikerjakan setiap hari tapi, hatinya sentiasa senang tiap kali berjaya melakukannya. kadang-kadang A akan rasa bersalah bila gagal melaksanakannya. walaupun A adalah seorang lelaki tapi,dia juga pernah bersedih, menangis, kecewa dan sebagainya. perkara yang dikatakan sebagai pekerjaan itu adalah,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,  "pengorbanan"....

cinta sejati A bermula apabila A kenal dengan (DS). (DS) adalah seorang gadis dan disini difahamkan bahawa (DS) bukanlah gadis yang pertama yang menjadi teman A. emm,,, adalah setelah dua tiga orang yang dilepaskan..dan (DS) adalah yang seterusnya. A bukanlah seorang yang playboy seperti mana pemahaman jiwa wanita yang menganggap "lelaki yang selalu bertukar teman wanita adalah seorang playboy" tapi bagaimana pula apabila seorang lelaki yang cuba untuk mempertahankan status bujangnya demi menanti seorang gadis yang hanya diciptakan untuk mengisi ruang kebahagiaannya buat kali pertama dan terakhir?? dan bagaimana pula jika seorang lelaki itu terpaksa untuk melepaskan pergi gadis-gadis yang dirasakan selalu menyeksa baginya dengan cara yang terbaik dan tanpa melukakan hati mereka?? adakah lelaki seperti ini juga dianggap sebagai seorang yang playboy?? seorang lelaki yang berbuat seperti demikian tidak mampu untuk menilai sendiri perbuatan mereka itu dan hanya wanita itu sendirilah yang mampu mengertikan perbuatan tersebut andai perbuatan itu suatu yang baik ataupun sebaliknya.. namun yang demikian, entah mengapa bagi A, (DS) adalah satu-satunya gadis yang ada dalam dunia ini.. mungkin (DS) adalah gadis yang sangat disayangi oleh A. A mula merasakan kehilangan (DS) disisinya apabila A melangkah semakin jauh kehadapan. A cuba untuk melupakan (DS) tapi A juga sentiasa berdoa selalu agar ingatannya kekal abdi bersama kenangan yang tercipta ketika (DS) masih lagi disisinya..

A pernah menjadi seorang yang gagal dalam hidup dan A juga hampir lemas diharus masa sebelum kehadiran (DS). (DS) merupakan punca segala perubahan dalam diri (DS). A masih ingat lagi kata-kata (DS) kepadanya ketika A gagal dalam semester ketiga sewaktu A belajar di kolej dahulu. dengan kata-kata itulah A terus maju kehadapan walaupun tanpa adanya (DS) disisi A. kini A adalah seorang yang kuat bersemangat walaupun dalam hatinya payah bertekad tanpa (DS) disisi. Kehilangan (DS) disisi A bukanlah suatu alasan untuk A tidak mampu maju kehadapan tapi A sentiasa berharap supaya (DS) akan muncul dalam hidupnya walaupun sanggup menunggu seribu kelahiran semula yang akan datang....

bila sahaja ada masa yang lapang, A sering meluangkan masanya ke tempat dimana A selalu  meluangkan masa bersama (DS) suatu ketika dahulu. bila tiba waktu makan tengahhari masa pejabat,  mungkin orang lain berpusu-pusu untuk memenuhkan restoran di sekitar bandar tetapi, itu tidak bagi A. A hanya lebih seronok untuk menghabiskan makanan tengaharinya ditempat itu. mungkin itu adalah cara bagaimana A cuba untuk meredakan rindunya terhadap (DS) walaupun A tidak akan pernah berharap yang A dapat melupakan (DS).. Kadang-kadang, A akan tersenyum seorang diri bila sahaja terlihat gelagat sepasang manusia menyelami cinta mereka seperti mana berlabuhnya cinta A bersama (DS) di tempat tersebut itu dulu. tatkala pula bila A sedang bersendirian ditempat itu, A selalu berfikir. A berfikir apa agaknya perasaan (DS) bila (DS) tahu yang A selalu merindukan (DS)? adakah (DS) juga selalu merindukan A sepertimana A selalu merindukan (DS)?? A tidak mampu untuk menjawab sendiri pertanyaan dari lubuk hatinya itu kerana A tahu yang A tidak akan diberikan peluang lagi untuk mengesali pertanyaan itu.

pernah juga berkali-kali teman-teman A memperkenalkan kepada A gadis-gadis lain. kadangkala teman-teman A sengaja mengaturkan temu janji untuk A date dengan gadis tersebut walhal, A tidak tahu langsung mengenai temu janji itu. pernah sekali A bergaduh dengan teman sepejabatnya disebabkan A mengetahui bahawa semua temu janji tersebut adalah rancangan teman-temannya... waktu itu A telah memberontak dan seluruh pejabat menjadi huru hara dan selepas kejadian tersebut teman-teman sepejabat A menjadi semakin takut dengan A kerana mungkin mereka tidak pernah melihat A naik berang seperti itu dan selepas kejadian itu juga, A hilang entah kemana. teman-temannya cuba untuk menghubungi A tapi usaha itu ternyata sia-sia. teman-teman A juga telah berkali-kali pergi mencari A dirumah banglonya yang tersergam indah di kaki bukit tapi ternyata rumah mewah itu hanya berhabuk kosong dan hanya berpenghunikan perabot dan perkakasan rumah yang mewah. dalam keadaan yang kelam kabut dan walau bagaimana cara sekalipun, teman-teman A terpaksa juga mencari A kerana hanya A seorang sajalah yang mampu menguruskan hal-hal syarikat dan tanpa adanya A syarikat itu menjadi semakin huru-hara. pelanggan asyik menanyakan lukisan-lukisan pelan yang terbaik dari A dan mereka juga sangat menyukai cara A bekerja kerana A adalah seorang yang sangat jujur dan ikhlas dalam melaksanakan tugasnya. pernah juga teman-teman A cuba bermalam di rumah banglo A itu tetapi A tidak juga muncul sepertimana yang mereka harap-harapkan. sehinggalah pada suatu malam, ketika salah seorang teman A termenung seorang diri di karidor tingkat dua rumah itu dan secara tiba-tiba dia teringat pada suatu perkara. Dia teringat yang A pernah berkata yang A hanya melukis pada masa lapang di suatu tempat. Dengan gaya yang agak tegang, teman A terus tersedar dari ingatannya lalu memberitahu terus kepada teman-temannya yang lain dan berkata A berada ditempat itu! akan tetapi mereka tidak tahu langsung bagaimana cara untuk mengesan tempat tersebut dan sehinggalah mereka terfikir sesuatu tentang A yang suka melukis tetapi selama 3 hari bermalam dirumah tersebut mereka tidak melihatpun sekeping lukisan di banglo itu apatah lagi lukisan-lukisan yang lain. mereka cuba untuk mencari lukisan-lukisan tersebut namun usaha mereka selama tinggal disitu hanyalah sia-sia. sehinggalah seorang demi seorang teman A berputus asa mencari dirumah banglo 3 tingkat itu kerana teman-teman A menganggap A mungkin membohongi mereka tentang hobi itu. setelah kepuasan mencari semua lukisan tersebut, dan sehinggalah keesokan harinya mereka berpakat untuk melupakan usaha mereka mencari semua lukisan tersebut dan begitu juga usaha menjejaki A.. teman-teman A terus bersiap dengan beg dan bagasi masing-masing lalu meluru keluar meninggalkan banglo mewah tersebut dan sebelum mereka terus pergi, mereka sempat lagi mengambil gambar kenangan masing-masing kerana mereka tahu walaupun usaha mereka menjejaki A hanyalah sia-sia, mereka harus mengambil kesempatan itu kerana mereka tahu yang mereka tidak akan mempunyai kesempatan lagi melawat tempat indah sebegitu. dan ketika teman-teman A berbaris menghadap banglo tersebut untuk mengambil gambar, salah seorang daripada mereka telah terlihat seekor burung berwarna putih terbang keluar dari tingkap yang paling atas di banglo tersebut dan menuding jari kearah tingkap itu lalu berkata, "hei teman-teman! lihat disitu! tadi burung itu,,,,, rasanya,,, kita belum,,,,,...


Bersambung...............

Ahad, 31 Julai 2011

Bersara kerana cinta....

Bersara kerana cinta.....


Terpesona bila kerap kali mengunjungi tempat ini. Bagai kosong kedengaran riak ombak menghakis pantai andai keutuhan dedebu pasir tidak pernah jemu menanti perubahan dirinya. Kedamaian lautan luas yang membiru, mengaburi pandangan sekeliling ku. Sungguh tiada kata untuk bosan apabila menatap tebaran langit yang cerah dikala siang masih lagi menyelubungi. Tampak berselerak awan putih yang menutupi kehadiran hitamnya nirwana pada sayap burung-burung yang semakin riang berterbangan di awangan. Bahang mentari yang terpacak tegak di atas kepala ini, hangat membakar. Sayup berdengung seruan angin bayu laut, membuai benak ini. Bunyi-bunyian cengkerik hutan yang bergelaga bersama dedaunan kering kedengaran di telinga, serasi terasa bersama teratak kayu teguh sejati beratapkan zink karat kebocoran saat melimpah tatkala hujan nanti. Aku sandarkan diri pada tiang pondok, kaki pula kian kekebasan lantas punggung ikhtiar mencari tempat untuk beralas.
“Ah, adalah lebih baik jika aku duduk seketika disini! Hilang juga lelah anggota badan”. Bisik hati kecil ku.“Apa sebenarnya tujuan utama ku menatap tempat indah sebegini”?? Hati kecil ku berbisik lagi. Mungkin kerana hati ini yang seringkali teringat akan kenangan lalu sewaktu dia masih lagi  berada di sisi. Bukannya suatu perkara yang amat senang bagi aku untuk melupakan kenangan indah saat-saat bersama dia. Apatah lagi dengan keadaan yang meronta aku untuk memikul tanggungjawab sebenar erti cinta sejati yang aku sendiri cuba untuk memahami. Adapun sesuatu yang terjadi di kemudian hari nanti, semuanya bukan paksaan cuma cinta yang merelakan. Resah seringkali membelenggu benak ini. Hanya hikmah yang dapat aku titipkan pada setiap apa yang berlaku.
“Uhuk!, Uhuk!”

Kelembutan helaian tisu dilipat kemas mengusap lembut pada bibir yang merah kekeringan. Melihat tisu yang berwarna putih jernih menjadi kekeruan, pasrah dihati dengan fikiran yang berkocak sepi.
Kekecewaan tampak jelas pada wajah Putra, seorang lelaki kacak yang berkerjaya. Sepadan pula dengan perwatakannya yang baik hati terhadap sesiapa sahaja yang dia kenali. Gengaman buku limanya yang keras, sekeras batu! menyapa gemalai dadanya. Tangan kanan yang lurus teguh, seteguh karang! Menyandang pada tiang teratak menjanjikan kelelahan yang kian berkurangan pada setiap tarikan nafas untuk menjama oksigen disekelilingnya. Putra adalah seorang jejaka  berkulit cerah yang mungkin sahaja mampu mencairkan hati mana-mana gadis yang memandang. Keadaan fizikalnya yang bertubuh sasa sedikit serta ketinggian yang lampai adalah mencukupi syarat buat pilihan para gadis untuk menjadikannya sebagai teman lelaki ataupun calon suami. Putra juga merupakan seorang yang terpelajar. Mempunyai kelulusan sarjana muda dalam bidang kesusasteraan. Setelah menamatkan pengajiaannya, kini putra telah berkerja di sebuah syarikat yang menerbitkan hasil-hasil karya dari semua jenis penulisan di Kuala Lumpur. Setelah 5 tahun memegang jawatan sebagai Pegawai Eksekutif di syarikat tersebut, Putra merupakan seorang pekerja yang amat disegani dalam kalangan rakan-rakan sepejabatnya. Selama 5 tahun berkerja di syarikat tersebut, beliau juga mengenali rapat seorang lelaki bernama Ashraf, Ashraf Hanafi. Jejaka lingkungan 25 tahun keatas. Ashraf adalah anak tunggal kepada Dato Hanafi Ismail, selaku orang besar dan juga Pengarah di syarikat tempat Putra bekerja.
“Truttt,,truttt!,, truttt,,,trutt!” bunyi telefon berdering.
Batu Gadung Kota Belud

“Hello??
“Ya, hello Putra? kamu sedang buat apa sekarang ni?
“Ah, Chong. Ada apa hal kamu menelefon saya ni? Saya sedang beristirehat sekarang ni.
“Oh, baguslah kalau macam tu. Maaf kerana menganggu kamu Putra. Tiada apa, Cuma saya  ingin bertanya mengenai permintaan kamu itu. Adakah kamu sudah fikir dengan masak-masak??
“Itulah perkara yang sedang membelenggu difikiran aku sekarang ini Chong. Aku harap, keputusan yang aku buat ini adalah keputusan yang terbaik yang pernah aku putuskan.


Dengan suara nada yang keras bertambah lagi dengan keadaaan yang memaksa. Chong menjawab,

“Kamu harus segera dengan keputusan kamu Putra!, kerana masa semakin singkat dan semuanya bergantung pada keputusan kamu.

Dengan keikhlasan hati yang penuh dengan kepasrahan Putra berkata kepada Chong,

“Baiklah Chong, saya telahpun berfikir dengan semasak-masaknya. Esok saya sendiri yang akan ke sana. Tak payahlah suruh orang untuk jemput saya ok.
 Putra dengan pantas mematikan telefonnya. Tittt..

“Hemmm..

Keluhan dihati jejaka tampan itu berubah menjadi titisan air mata sambil mengukir sinis senyumannya. Lalu dia memegunkan kembali arah pandangan ke semua sudut lautan yang terbentang luas nun jauh didepannya. Mendengar jawapan dari Putra itu, Chong pula merasakan dirinya bagai seorang yang serba salah kerana menganggu Putra menghabiskan masa rehatnya dan memaksa pula dengan jawapan. Tapi apakan daya, Chong juga terpaksa memintas kerana permintaan Putra itu merupakan suatu yang tidak pernah disangka berlaku. 
 “Truttt,,,truttt”,,,. Telefon bimbit Putra berdering lagi lantas dia melihat ke arah skrin telefon tersebut lalu memicit punat atas talian.

“Assalamualaikum papa? Papa, papa kat mana ni”?
“Waalaikumsalam”... papa sekarang kat pejabatlah sayang. Ada apa-apa yang penting ke manja papa col papa ni?


“Papa ni! Buat-buat lupa pula! Kan papa dah janji nak bawa Tasha jumpa dengan cikgu Sumairah petang ni?
“Alamak! Papa terlupalah sayang... Oklah-oklah, manja papa pergi bersiap sekarang ye, kejap lagi papa jemput Tasha.


Dengan nada suara yang girang Tasha menjawab, 
“okey papa, sayang papa. Love u. Muuuah...  
“Assalamualaikum”.
“Waalaikumsalam”.


Tittt...

Senyuman kesedihan Putra terukir lagi. Dengan pantas, Putra bergegas mendapatkan kereta berhampiran dari pondok tersebut. Toyota Prado, berwarna putih miliknya.

“Hai si comel?” Tasha comellah hari ni.
“Hai uncle Chong... Tasha nampak comel hari ni sebab, Tasha nak jumpa dengan cikgu Sumairah.

Tasha menarik manja tangan Chong. Lantas mengajukan terus soalan kepada Chong.

“Uncle Chong,, uncle Chong ada tak nampak cikgu Sumairah??


Melihat saja gelagat anak kecil itu, Chong tersenyum sipu. Lantas Chong berpaling ke arah Putra.
Putra menarik nafas dengan tenang kemudian memendekkan kakinya untuk  menyapa Tasha.

“Erm.. Tasha,,, “mari anak papa!, cikgu Sumairah sedang tunggu kita kat dalam bilik tu.


Tanpa berlengah lagi, Putra terus membimbing tangan Tasha untuk berjumpa dengan cikgu Sumairah. Sesudah sahaja Putra membuka pintu bilik tempat dimana cikgu Sumairah berada lantas, Tasha dengan lajunya meluru masuk justeru menghampiri cikgu Sumairah.

“Assalamualikum cikgu Sumairah? cikgu Sumairah apa khabar? Tengok ni, Tasha ada bawakan cikgu Sumairah coklat”, nanti cikgu sumairah makan eh! Cikgu Sumairah tak rindu Tasha ke? Tasha rindu sangat-sangat dengan cikgu Sumairah. Walaupun cikgu Sumairah selalu marahkan Tasha tapi, Tasha ok je... “Cikgu Sumairahkan cikgu kesayangan Tasha”. Tasha akan tetap tunggu cikgu Sumairah untuk balik ke taska, begitu juga dengan kawan-kawan yang lain.
Apabila mendengar rayuan sendu budak kecil itu justeru, Putra melangkah setapak demi setapak ke belakang dan meninggalkan Tasha bersama cikgu kesayangannya itu. Tasha mengengam erat tangan cikgu Sumairah dan tanpa dia sedari dia telah tertidur disisi cikgu Sumairah mungkin kerana keletihan. Sumairah hanya mendengar rayuan Tasha tanpa dapat berkata apa-apa.

Chong berjalan perlahan sambil memasukkan tangan ke dalam dua belah poket bajunya. Langkahnya semakin dekat menghampiri Putra yang kelihatan sebelah tangan memeluk tubuh dan sebelah tangan lagi mendagu sambil berdiri termenung dihadapan sebuah pintu bilik yang berbingkai kaca.

“Bagaimana dengan dia?? 
“kami kerap berkongsi segala hal dan masalah. Seperti, masalah dia masalah aku juga. Walau banyak lagi perkara yang terjadi diluar jangkaan dia, aku akan tetap menggangap dia sebagai sahabat aku yang paling terbaik pernah aku kenali.

“Dbukk!!”. Tangan Chong menepuk bahu Putra yang tegap itu.

“Bawa banyak bersabar Putra. Dan, kamu harus banyakkan berehat.

“Uhuk,,uhukkk!” Putra terbatuk kecil. “Thanks Chong"...




Empat bulan sebelum....


“Band! tolong berhentikan muzik kejap!”

“Attentions please!!” Buat para hadirin yang telah hadir pada malam ini, saya Dato Ismail serta keluarga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana sudi hadir pada malam ini. Sebenarnya, saya menjemput anda semua menghadiri majlis ini adalah untuk membuat suprise kepada anak lelaki saya, Ashraf. Mungkin anda terasa pelik apa yang suprise sangat malam ni? Acctually, pada malam ini, Ashraf akan bertunang dengan gadis pilihannya”.


“Ashraf, come!”
“Ashraf, papa awaklah!”

Baru sahaja Ashraf hendak meneguk segelas air minuman yang berada ditangannya lantas terkejut tanpa sempat berbuat apa. Kemudian diapun menyerahkan gelas minumannya kepada rakannya yang berdiri disitu berhampiran.

“Erm, awak tolong pegang kejap ye.

Lalu, dengan segera Ashraf berlari naik ke atas.
Kedengaran tepukan gemuruh daripada hadirin pada waktu itu memeriahkan lagi majlis tersebut. Sesudah sahaja Ashraf berada di atas pentas, dia terus menyapa ayahnya dengan
Pelukan sambil berkata,

“Thanks for the suprise dad!”


Dato Hanafi mengukirkan senyuman gembira.

“Ops!!” forget for somethig. Anda semua mesti tertanya-tanya pada diri sendiri. Siapalah gadis yang bertuah menjadi bakal menantu saya bukan?! Gadis yang bertuah tersebut adalah......?


 Sumairah. “Cikgu Sumairah”.

 Dato Hanafi menggapai Sumairah untuk naik ke atas pentas.

“Son, come!

Sumairah yang memakai gaun putih pada malam itu tertunduk malu sambil berjalan naik ke atas pentas. Ashraf berbisik pada telinga Sumairah.

“Pinjamkan saya tangan awak kejap!

Sumairah yang masih tertunduk malu tadi terus sahaja mengangkat dengan lembut tanggannya pada ashraf. Justeru Ashraf pun menyarungkan cincin yang bertakhta kilauan berlian itu pada jari manis Sumairah yang halus sehalus sutera itu tanda pertunangan mereka. Tepukan gemuruh daripada hadirin masih lagi berterusan kerana melihat gelagat dua pasangan yang secocok itu bagaikan pinang yang dibelah dua. Dari atas pentas Ashraf pula terlihat pada kelibat seorang jejaka yang kelihatannya seperti seorang yang serba salah.

“Ayah, lihat! Pegawai eksekutif kesayangan ayah tu sudah sampai.
“Putra!!
”Psssttt,,. Sini!


Putra dengan langkah pantasnya terus meluru naik ke atas pentas. Ketika dia sudah berada diatas pentas Ashraf dengan bangganya pula terus menyapa Putra dengan pelukan.

“kenapa kamu lambat sangat?

“maafkan aku As. Jalan masih jem lah kat lebuh raya tu, itu yang buatkan aku terlewat ni. 
"Erm, takpelah. Putra yang aku kenal memang macam tu, selalu saja lambat bila ada majlis. Dan lagi satu! "banyak sangat buat alasan. kamu lambat tu aku tak kisahpun sebenarnya yang penting, kamu datang juga majlis pertunangan aku
.

Putra dengan segan memasukkan tangannya ke dalam poket seluar dan hanya memberi senyuman pada sindiran ashraf.

“Putra, ni! perkenalkan bakal isteri saya, Sumairah. Apa macam, ada manis tak??

Sumairah yang sedang asyik menatap sambil merayapkan jari jemarinya pada cincin pertunangan mereka itu tadi tergamam bagai terpukau seketika setelah menongakkan pandangannya ke arah Putra. Gelagat Putra yang tadinya kelihatan bagai seorang yang serba salah itu terpaku sejenak memandang Sumairah dan dia hanya mampu mengelipkan matanya sekali lalu berpaling arah pandangan pada Ashraf kemudian berkata,

“erm! ya, bakal isteri kamu memang seorang yang manis dan sangat cantik. cantik macam bidadari. Seperti yang kamu ceritakan pada saya dahulu”.

 Putra menjabat tangan Ashraf.  

“Tahniah As, kamu sangat bertuah kerana memiliki seorang bidadari.
“Thanks Putra..

Putra dengan sifatnya yang biasa-biasa saja itu mengukirkan senyuman pada pasangan tersebut.

“Alamak! i’m forget something lah.
“apa halnya Putra??
“Ermmm,,, saya terlupa pada sesuatulah”.
Ashraf masih tertanya-tanya.
“kenapa dengan kamu? Apa yang terlupa??
“Pasal tasha! Saya terlupa pasal tasha..

Ashraf masih dalam kebingunggan.

“Tasha? Kenapa pula dengan tasha?
“ermm, tak. Sebenarnya aku dah janji dengan dia untuk temani dia makan malam bersama kat rumah malam ni”.

Ashraf menghembus nafas lega.

“hem.... apelah kamu ni Putra, buat kami suspen je.

Putra memintas Ashraf.
"Mesti Tasha sedang menantikan kepulangan aku sekarang. “Erm,,, aku mesti bergegas balik sekarang. Takut nanti dia merajuk, payah pula bila nak pujuk.
Ashraf tersenyum sokmo melihat gelagat rakan karibnya itu yang kelihatan semakin bertambah seperti seorang yang bersalah.
“takpelah, kamu ni kan sahabat karib aku, takde hal punya lah.
”Terima kasih ye As”.
“ye, sama-sama.
“erm,,,, saya pergi dulu ye.

Selangkah demi selangkah Putra pun meninggalkan majlis yang penuh meriah itu. Sebelum terus melangkah pergi semakin jauh, Putra sempat lagi sedekahkan senyuman ikhlasnya pada pasangan yang bakal menjadi pengantin baru itu. pada saat Putra sedang memandu kenderaannya, dia telah berkata dalam hati.

"Aku bersyukur kepada tuhan kerana aku punyai kesempatan....
walaupun kesempatan yang diberikan oleh mu ini bukanlah kebahagiaan buat diri ku...

jam menunjukkan pukul 9.50 malam. Putra memberhentikan kenderaannya pada suatu tempat. kemudian dia keluar untuk menikmati pemandangan disitu.
"sungguh indah dan damai keadaaan disini bila sahaja malam kian kelam... Terasa bahagianya dihati ku merenung jauh ke arah lautan yang tidak pernah berpenghujung.
Dari berdiri Putra terus membongkokkan diri untuk membuka kasut kulitnya lalu melipat seluar yang dipakainya hingga ke paras betis kaki. Putra berdiri kembali untuk menghirup udara segar disitu.

"ehmmm..... hemmm"....

Sepoi angin bayu yang bertiup redup pada ketika itu mampu membuatkan hati seseorang yang kacau menjadi tenang. Tenang bagaikan pergerakan buih-buih ombak yang mengalun apabila air laut menjadi surut. sesiapa sahaja tidak mungkin akan mengelak daripada terus berdegil melayan suasana seperti itu tatkala hati masih lagi ingin bersendirian dan begitulah yang berlaku pada Putra ketika itu. Dia menghabiskan malamnya berjalan-jalan dipersisiran pantai tersebut.


Bersambung............










Rabu, 20 Julai 2011

sambungan titik-titik

Sentuhan pena ini degil
Ingin sangat mengertikan sesuatu
Bisa jadi sebaris abjad,
Punyai kehidupan atas kertas
Tentu lain juga boleh jadi,
Sebuah ketulusan seni lukisan
Memaksa untuk abadi walaupun mati.

Jasad semua ini bermula
Penyusunan lembut titik-titik pena
Bila si pengkarya serasi terasa
Segala-gala nanti terpukau,
Sesat menyelami sambungan titik.

Setitikpun tidak boleh hilang,
Itu kerana ada sebab keras.

Keras!

Sekeras permata belian yang kesunyian
Pandangan semua mungkin cacat
Secacat hitamnya titik tiada makna
Kiri, kanan,
Atas, bawah,
Nuraninya hanya titik.

Lupa untuk seperkara
Permulaan atau pengakhiran,
Penamat atau apa jua kesudahannya,
Sebuah yang bermakna,
Tiada apa tanpa titik
Seperti Sesuci helaian kertas putih.

sajak-sajak puisi

Sajak-sajak puisi

Merupakan segala agenda dalam hati,
Menentukan sifat-sifat,
Nukilan dari segala punca,
Tika berdiri mahu pun duduk,
Biar tersurat biar tersirat,
Suarakan segala-gala yang terbuku,
Perasaan itu membuak,
Keadaan itu memaksa.

Sajak-sajak puisi

Lahir jasad hati adam dan hawa,
Kadang cinta, kadang kasih sayang,
Kadang amaran, kadang amarah,
Jelas hanya itu suatu perasaan.

Sajak-sajak puisi

Perlu terasa itu,
Jemu ada tertawa, jemu ada menangis,
Jemu ada tersipu, jemu ada pilu,
Yang pegun menjadi aib,
Yang tekad menjadi pakat,
Kala senandung bersuara.

Sajak-sajak puisi

Relakan semua perpatih,
Salah tafsir mencaci tidak bermaksud,
Tersebut sekali maaf,
Dua kali itu janji,
Tiga meski lagi?

Teruntuk mu amin

Ingin ku wasiat cinta dulu
Untuk mengisi hati yang suci
Saat tersudut engkau lembut
Ku menangis menulis ini...

Walau impi atau mimpi,
Sesakit jampi sekali
Rindu pula makin tersenyum,
Ku hanya perlu diam
Sampai tangan sesat mengikut gerak hati.

Sepi!
Perlu sepenuh hati bila menyesal
Aku tetap diam.

Sungguh!
Sungguh hanya bayang yang berdegil
Meronta, memaksa, meminta,
Kononnya,
Dulu aku ada cinta itu!
Dan bila hanya tatkala
Ada suara-suara lembut yang berkata,
Memori itu pergi dengan indah.

Biar hati payah,
Biar coretan basah,
Haluan yang menurut tiupan sendu bayu
Aku bahagia bercinta
Walau dengan kenangan lalu.

Tolong ku pada semua

Seru ku pada yang dapat
Pinta ku pada yang boleh
Dalam izin hanya untuk mu
Beribu merasa, berjuta melihat,
Untuk segenap yang masih ada.

Tolonglah sang matahari,
Sejatkan air mata yang jujur ini
Atau dengan izinya engkau boleh,
Dari menyejat buatkan pelangi
Si dewi kayangan dengan titian
Agar dapat bertemu dewa pilihannya.

Tolonglah sang angin,
Bila ada kenangan indah yang kau tahu
Iringkan bersama bayu mu yang paling redup
Adapun kekuatan mu pada riak ombak yang kau gerakkan,


Sunyi dengan bahagia?


Andai kau pilih sunyi,
Engkau berkorban
Andai mesti pilih bahagia,
Terbaik menjaganya.